Header Ads

Header ADS

KISAH ANAK DEHAKA - " APA SALAH IBU NAK ..."

 


Sekadar Gambar Hiasan

" Dahulu...Dia Sering Aku Manja kan ..

Dahulu .. Dia Dapat Segala Keinginannya..

Walaupun Aku Terpaksa Berkorban..Jiwa.. Dan Raga..

Demi.. Seorang Anak ...

Tapi..

Apa Salahku..Apa Silapku ...

Hingga Di zalimi.. Di sakiti .. Tanpa Belas Kasihan... Oleh Seorang Anak Yang Ku Kandung Selama 9 Bulan ................"


Paparan kali ini,mengisahkan keperitan seorang ibu, yang di zalimi oleh anaknya sendiri.

Habibah ( Bukan Nama Sebenar ) Telah Kematian Suami Sejak Anaknya Zuril (Bukan Nama Sebenar ) Berusia 3 tahun, Sejak Kematian Suaminya Akibat Dilanggar Semasa Sedang Mahu Menghantar Besi Buruk Oleh Sebuah Lori Dan Mati Di Tempat Kejadian.

Maka sejak itu, Dialah Ibu,Dia jua lah bapa,menggalas tanggungjawab mencari rezeki Demi sesuap nasi dia dan anaknya.

Pelbagai rintangan dihadapi, Juga Ujian yang melanda,Pernah Dia tidak makan,semata mata beras yang ada hanya berkecukupan untuk anaknya sahaja..Tiada masalah untuk dia mengikat perut,asalkan anaknya zuril, dapat menjamah makanan.

Sehinggalah usia Zuril Meningkat naik,Dia cuba usahakan agar zuril dapat bersekolah,dalam masa itu,

Pelbagai kerja dilakukan,dari mengambil upah mencuci baju jiran tetangga,mengemas rumah jiran jiran,Dia Juga bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah gerai dengan upah RM7 Sehari.

Tahun Berganti Tahun, Zuril Berjaya Menamatkan Pengajiannya Hasil Dari Biasiswa Yang Di Terima Atas Kecemerlangannya, Di samping itu, Ibunya Mak Bibah, Tak putus putus mengirimkan wang,Betapa Risau nya dia terhadap satu satu anaknya itu.

Pernah sekali, Zuril menipu mak bibah, Katanya perlukan wang yang banyak untuk membeli pelbagai peralatan,sedangkan itu hanya helahnya untuk mendapatkan wang untuk di joli bersama teman temannya.

Sehingga mak bibah terpaksa meminjam wang para jiran tetangga,sehingga ada yang mula berasa tidak selesa,akibat mak bibah selalu lambat memulangkan wang yang di pinjam.


Zuril, Setiap hari kenyang dengan makanan yang sedap sedap ! sementara mak bibah ?

Di berikat perut kerana wang pendapatannya banyak di serahkan kepada Permata hatinya.

Kini Tiba Masa, Zuril Melangkah Ke alam Pekerjaan, Sewaktu awal awal bekerja, zuril rajin mengirimkan wang belanja buat mak bibah,malah pulang menjenguknya di kampung..

Masa Kian Berubah,Dari Sehari ke sehari,zuril adakalanya tidak mahu mengangkat panggilan telefon,

Bukan Dekat mak bibah nak keluar mencari pondok telefon,dia perlu berjalan sejauh 600 meter dari pondok buruknya.....

Sehinggalah Zarul Dinaikkan pangkat,Bertahun dia tidak pulang ke kampung atau bertanya khabar tentang Ibunya..

Mak bibah kini sudah tiada kudrat untuk melakukan banyak kerja atas faktor usia dan penyakit deabetes yang di hidapinya..

Bayangkanlah bagaimana rasa kerinduan seorang ibu terhadapnya..mak bibah hanya mampu menitiskan air mata, ada jiran yang berasa kasihan dengan mak bibah cuba mencari zarul,dan memaklumkan keadaan mak bibah,yang sering jatuh sakit dan ketiadaan pendapatan dan hanya bergantung harap kepada jiran tetangga yang baik hati yang masih ada sifat perikemanusiaan,memberinya makan..

Tapi Kecewa.. Zuril langsung tak menghiraukan perkhabaran tersebut, malah dia turut menghalau

jirannya itu,katanya.. jangan memalukan dia di situ..


Pak Said jiran mak bibah berasa tak sampai hati hendak memberitahu tentang kejadian tersebut,.

" Said..aku rindu sgt dgn zuril..kalau dia sibuk dengan kerjanya,bawakan aku pergi bertemu dengannya,sebelum mata ni tertutup ,.. " Rayu mak bibah kepada pak said..

Bukan pak said tidak mahu membawa mak bibah,tapi bimbang hati mak bibah akan kecewa melihat kesombongan dan keegoan satu satunya anaknya itu.

Sehinggalah mak bibah jatuh sakit teruk..pak said sudah tidak boleh bersabar lagi..

pak said pergi bertemu Zuril dan memberi amaran,jika dia tidak menjengguk ibunya di hospital,dia akan membuat laporan atas pengabaiannya terhadap orang tuanya..

Disebabkan mahu menjaga nama dia yang berjawatan tinggi disebuah perusahaan,Zuril pergi melawat ibunya dalam keadaan terpaksa ..

"Mak.. bukan saya tak nak balik..saya sibuk dengan kerja, bukan saya tak nak kirim mak wang..tapi isteri saya marah jika saya berikan wang kepada sesiapa ... " 

Mak bibah sangat terkejut dengan kenyataan anaknya itu ..

" Nak..anak mak dah berkahwin ? " Bisiknya di dalam hati kerana dia tiada kudrat untuk berkata kata lagi..

" Lepas Ni.. lepas mak dah sihat,saya hantar mak ke rumah orang tua ya,.sana ada orang jaga mak.. saya tak boleh nak jaga mak..lagipun saya dah tercakap pada isteri saya,saya dah tiada mak ..lagi pula,dia anak orang kaya ..saya tak nak di sebabkan ni semua..saya akan bercerai berai ... "

Mendengar kata kata itu,betapa rasa remuk redam hati seorang ibu ...

Mak Bibah hanya mampu mengalirkan airmata...Dia teramat rindukan anaknya yang dulu...Hatinya terlalu luluh,anak yang di jaga,yang dia korbankan segalanya,tergamak melakukan hal seperti itu ..Betapa gelap dunia,dia rasakan saat itu ..

Kini 5 tahun berlalu,zuril langsung tidak menjenguk ibunya di rumah orang orang tua..

keadaan kesihatan mak bibah semakin buruk,dia hanya di kunjungi para jiran tetangganya sahaja..

Zuril terlalu bahagia dengan keluarga barunya,.Dia lupa siapa yang melahirkannya..Dia Lupa siapa yang menyuapkannya susu kedalam mulutnya ..dia lupa semua pengorbanan wanita tua itu ...

Suatu hari, Zarul yang ketika itu sedang Out Station,mendapat berita,Isterinya telah terbabit dalam kemalangan jalanraya dan telah pergi buat selamanya ..

Zuril Sangat berduka cita,sehingga menganggu Emosi serta dalam masa sama,Menjejaskan kesihatan serta kariernya,Sehingga Pihak atasan terpaksa memberikan  notis pemberhentian kerja.

Disaat itu, Dia tidak dapat menguruskan hidupnya lagi,satu persatu kemewahan nya selama ini di tarik setelah kebahagiaan nya bersama isteri hilang begitu saja..

Sehingga,Di suatu hari,dia teringatkan ibunya..lalu dia pergi untuk mendapatkan mak bibah..

Tapi sayang..semuanya telah terlambat ..Zuril hanya mampu melihat Pusara Ibunya Itu ..

Mak Bibah sudah tiada lagi di dunia ini ..Disaat itulah.. Zuril berasa Dunia seakan terhenti..

dia tidak dapat melihat ibunya lagi..

dia tidak dapat memohon keampunan terhadap ibunya..atas segala kezalimannya semasa ibunya masih bernafas ...Segalanya sudah terlambat...Segalanya sudah terlambat .....

Semoga para pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah ini,Hargai lah pengorbanan seorang Ibu dari sekecil kecil pengorbanan sehingga Sebesar besar pengorbanany insan yang bergelar IBU..


Sila Share kan artikel ini,agar menajdi iktibar supaya kita dapat menjauhkan diri dari sifat sifat yang tidak baik,semoga kita menjadi anak yang soleh dan solehah.. InsyaAllah ..





Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.