Header Ads

Header ADS

Kisah Sedih Rayuan Ibu Mahu Ke Syurga

Tidak ada seorang Ibu pun di dunia ini yang tidak sayang kan anak nya,malah seorang Ibu sanggup lakukan apa saja dan berkorban demi anak mereka.

Bercakap mengenai Ibu,Media kisah realiti mahu berkongsi kisah sedih rayuan Ibu mahu ke syurga yang mana kisah ini berkisar kan seorang Ibu yang hanya mempunyai seorang anak tunggal,beliau telah lakukan apa saja demi anak nya,namun anak yang di sayang-sayang nya itu sudah jauh menyimpang,apakah Ibu ini mampu menyedarkan anak nya?sama sama kita ikuti kisah yang menyayat hati ini.

Imej Ibu Dan Anak-Sekadar Hiasan
Sejak dari dalam kandungan lagi aku benar-benar sayang kan anak yang bakal lahir ke dunia ini,apabila dia lahir ke muka bumi ini,akau lah insan yang paling bersyukur kerana pengorbanan aku bertarung nyawa demi seorang anak terbalas apabila aku mampu melahir kan nya dengan keadaan selamat.

Bermula lah kehidupan aku yang penuh keceriaan,gembira akau dengan telatah si kecil ini,bahagia rasa nya aku dan suami punya anak yang manja dan comel.

Namun di sebalik kegembiraan menerima cahaya mata,suami aku yang tercinta telah meninggal dunia akibat sakit kronik sewaktu bayi kami berusia 10 bulan,aku redha akan segala ketentuan Dari Allah S.W.T.

Bermula lah kehidupan aku juga sebagai ketua keluarga,wahai anak Ibu,Ibu berjanji walau apa pun yang berlaku Ibu akan melindungi,menjaga dan melengkapi diri mu.

Masa silih berganti,Usia Ibu makin meningkat,maka semakin meningkat dewasa lah anak Ibu kini,Namun bukan mudah untuk Ibu membesar kan mu wahai anak Ibu,Masih Ibu ingat lagi Pengetua Sekolah memanggil Ibu kerana kes anak Ibu merokok di kawasan sekolah,Malu nya Ibu waktu itu,Ibu tak pernah mengajar kamu begitu wahai anak Ibu.

Ibu Fikir kan kamu sudah sedar,tetapi semakin kerap pula pihak sekolah memanggil Ibu atas beberapa kes lagi?Ibu bukan hanya malu pada pihak sekolah namun Ibu juga malu pada masyarakat sekeliling yang mengata Ibu macam-macam,padahal dengan sesungguh nya Ibu tak pernah ajar anak Ibu ini berbuat kejahatan.

Semakin kamu dewasa semakin mencabar Ibu rasa kan,selepas kamu menamat kan alam persekolahan,kali ini bukan pihak sekolah pula yang memanggil Ibu,tetapi pihak polis!Allahhuakbar,.Menangis Ibu dan kamu pun dapat lihat airmata Ibu waktu Itu.

Kerana terlalu sayang kan kamu,Ibu bekerja keras,Ibu buat macam-macam kerja,Ibu dah tak kisah orang nak mengata Ibu,yang penting ibu tak nak lihat anak Ibu terpenjara begitu,pilu nya hati Ibu,apa salah Ibu wahai anak ku?

Setiap hari Ibu menangis,bukan kerana membenci kamu,tetapi Ibu takut wahai anak Ibu,Ibu takut Allah,.kerana membiar kan anak Ibu berterusan tidak sembahyang,mengaji,berpuasa,.

Suatu hari Ibu jatuh sakit,Ibu lihat air mata mu mengalir wahai anak Ibu,agak lama Ibu sakit ketika itu,Mungkin ada hikmah Allah beri kan kesakitan ini buat Ibu,sewaktu Ibu sakit,anak Ibu mula berubah ke arah kebaikan,Ibu selalu lihat anak Ibu bersolat berhampiran Ibu,betapa sejuk nya hati Ibu waktu Ibu sehingga ibu tak sedar yang Ibu sedang sakit.

Suatu hari sewaktu Tangan mu menyuapkan nasi ke mulut Ibu,kamu bertanya pada Ibu,.

Ibu,.Ibu jika nak apa-apa Ibu beritahu lah,InshaAllah saya pasti akan dapat kan

Lalu Ibu hanya menjawab,.

Ibu mahu ke syurga Anakku,.Ibu tidak mahu apa-apa lagi,cukup lah Anak Ibu ini menunai kan solat,ingat Allah S.W.T,berpuasa,Ibu rasa bersyukur sangat,.sebab bila Ibu dah tiada nanti,Ibu mahu anak Ibu bersolat,doakan untuk Ibu banyak-banyak,Ibu mahu ke syurga,Ibu juga mahu anak Ibu ke Syurga,Insha Allah Anakku,.

Sejak dari itu juga lah Ibu merasakan Ibu Manusia paling bertuah,syukur Alhamdulillah,Anak Ibu mampu berubah tidak seperti dulu.

Seandai nya Arwah Ayah mu masih ada,pasti dia turut berbahagia melihat kamu wahai anakku,.

Begitu lah sebuah kisah sedih rayuan Ibu mahu ke syurga,semoga kisah ini dapat di jadi kan pedoman dan tauladan.

Ibu adalah segalanya,mereka sanggup berkorban apa saja sejak dari dalam kandungan sehingga lah ke riwayatnya yang terakhir,hargailah jasa dan pengorbanan seorang Ibu,berbuat lah kebaikan demi Ibumu.

 

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.