Header Ads

Header ADS

Realiti Kisah Benar Kedai Di Sihir Rakan Peniaga

Sifat cemburu dengki dan iri hati apabila melihat orang lain lebih sedikit adalah sesuatu yang sangat buruk sifat nya,lebih-lebih lagi di dalam perniagaan,begitu lah kisah yang akan di tampil kan pada kali ini tentang seorang peniaga yang hasad dengki lalu memakan diri nya sendiri.

Perniagaan perlu kan kita bersaing secara positif

Nama Aku Haris,sudah agak lama juga aku membuka perniagaan restoran turun temurun keluarga aku,sehingga lah selepas aku berkahwin rezeki kami sekeluarga terbuka seluas-luas nya.

Syukur alhamdulillah aku dapat membuka dua lagi cawangan baru restoran,permulaan nya memang tiada masalah,tetapi apabila seorang peniaga baru muncul di salah sebuah cawangan restoran kami segala nya berubah.

Namun aku tidak menyangka insan sebaik Kadir(bukan nama sebenar)rupa nya penuh dengan muslihat,Kadir juga membuka restoran di barisan sama dengan cawangan restoran aku.

Malah sifat Kadir yang prihatin dan ramah itu tidak membuat kan aku berasa sangsi akan kebaikan nya,sesiapa pun tidak akan menyangka tentang ini.

Suatu hari entah mengapa aku mendapati jualan di cawangan berdekatan restoran Kadir merosot secara tiba-tiba,entah bagaimana hal ini boleh berlaku sedang kan di restoran itu ke banyakkan nya adalah pelanggan tetap aku.

tetapi aku tidak syak yang bukan-bukan ketika itu malah tidak terfikir langsung pun,sehingga lah aku ke bank untuk membayar bil,salah seorang pekerja di bank tersebut telah membuat kan aku berasa bingung dan terkejut.

"Lama tak buka restoran?terliur saya nak makan nasi lemak kegemaran saya itu"ujar kerani bank itu

"ada je kami buka,kalau tutup pun hari Jumaat saja"balas aku,namun di fikiran aku pelik juga kenapa kerani bank itu kata restoran aku tutup?

Bukan seorang dua malah ramai bertanya kan hal yang sama,di mana kah silap nya??

Suatu hari juga ketika aku pasar untuk membeli barang di pasar,Pak hamid agak hairan dengan aku..

"Sikit pula ambil sayur ini boss,biasa banyak ambil"soal pak hamid

"Entah lah pak hamid,restoran ke tiga saya itu pelik saya di buat nya"balas aku  sambil menghulur kan wang membeli sayur kepada pak hamid.

"pelik macam mana itu?boleh pak hamid tahu?soal pak hamid lagi

"macam ini pak hamid,saya memang buka restoran itu dan cuti pada hari Jumaat saja,tapi sejak akhir-akhir ini pelanggan dah tak datang ke restoran ketiga itu.,yang lebih pelik,ramai yang bertanya kenapa tak buka restoran?itu yang buat saya bingung"luah aku kepada Pak Hamid.

"Pelik juga,tapi Pak Hamid ada juga terdengar perkara yang macam ini berlaku"balas Pak Hamid

"Pak Hamid pernah dengar hal macam ini?"soal aku pada Pak Hamid Kembali

"Rasa nya ya,sama macam seorang peniaga yang bankrap gara-gara tiada orang yang nampak kedai nya di buka,mengikut cerita kedai nya di sihir orang"sungguh memeranjat kan sekali mendengar kata-kata Pak Hamid lebih-lebih lagi perkataan sihir itu.

"Apa yang saya boleh buat Sekarang Pak Hamid"soal aku lagi

"Begini lah,nanti malam Pak Hamid datang kedai kamu bawa seseorang yang kita boleh ikhtiar kan dengan nya"ujar Pak Hamid.

Malam itu baru lah aku tahu bahawa memang benar restoran aku di sihir dan paling memeranjat kan aku rakan Pak Hamid telah menemui sesuatu barang yang aneh yang di jadi kan sihir untuk menutup mata para pelanggan aku agar mereka tidak dapat melihat kedai aku di buka.

Dengan ikhtiar berubat dan dengan Izin Nya,restoran aku kembali pulih dan beroperasi seperti biasa,namun dekat seminggu juga aku tidak melihat kelibat Kadir.

Di jadi kan cerita Anak Kadir datang menemui aku,.

"Pak Cik,saya nak minta maaf bagi pihak ayah saya,ayah saya telah cerita kan segala nya pada saya bahawa dia telah berbuat jahat pada perniagaan Pakcik"begitu lah kata-kata dari anak Kadir.

Maka tahu lah aku kini yang menghantar sihir pada kedai aku adalah rakan dalam perniagaan juga,memang tak aku sangka Kadir tergamak melakukan hal yang sebegitu teruk.

Anak Kadir memberitahu aku yang ayah nya jatuh sakit secara tiba-tiba dan sebagai manusia biasa juga aku datang menziarahi Kadir yang sedang sakit kuat ketika itu untuk menyampai kan kemaafan kepada nya.
 Dan Sejak dari itu juga restoran Kadir di tutup,mana kala aku tetap menerus kan perniagaan aku.

Begitu lah kisah ringkas bagaimana perniagaan seorang peniaga telah di sihir oleh peniaga lain,Jangan sesat kan diri dengan meminta pertolongan dari jin dan syaitan,kerana jin dan syaitan hanya akan menyesat kan makhluk bergelar manusia Takut lah pada Azab Api Neraka Dan Sesungguh nya Allah S.W.T Maha Berkuasa.

Semoga kisah ini dapat kita jadi kan tauladan.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.