Header Ads

Header ADS

Kisah Realiti Budak Miskin Yang Berubah Apabila Dewasa

Kemiskinan harta benda tidak bermakna kita tidak punya apa-apa kadang kala orang yang berharta juga seperti merasa ada yang tidak sempurna,begitu lah episod pada kali ini berkongsi kisah benar realiti budak miskin yang berubah apabila dewasa.

sekadar foto hiasan
Suatu masa dahulu,aku lah kanak-kanak yang paling comot,tidak seperti rakan-rakan sebaya ku yang dapat apa yang ,mereka mahu kan,namun kasih sayang kedua orang tua ku mengatasi segala nya.

Dan ibu serta ayah ku tidak pernah walau sekali memarahi aku,segala tutur kata mereka sungguh lembut,dan mungkin di sebab kan ini lah aku benar-benar menjadi anak yang taat kepada mereka sehingga kini.

Kasihan aku melihat ayah dan ibu,walaupun  mereka kurang mampu untuk menghantar ke sekolah namun di sebalik kesusahan mereka,tetap mahu menghantar aku ke sekolah,bermacam cara di laku kan mereka untuk mendapat kan wang.

Betapa besar nya pengorbanan mereka,Di sekolah tidak ramai yang mahu berkawan dengan ku,semua kerana aku ini anak orang miskin,baju ku lusuh dan waktu rehat aku meminggir kan diri dari mereka semua.

Sehingga lah aku bakal menduduki SPM yang mana pada tahun tersebut memerlu kan banyak wang,tekanan ku rasai hingga kan aku meminta izin dari kedua ibu dan ayah untuk berhenti saja dan bekerja.

Namun mereka menolak mentah-mentah cadangan aku,setiap hari ibu dan ayah lakukan apa saja kerja di depan mata asal kan boleh mendapat wang.

Yang paling menyedih kan apabila aku berjaya di dalam SPM dan mendapat tawaran belajar,Alhamdulillah walau pun hidup susah namun aku mampu berjaya dalam keputusan SPM.

Aku tekad kan di dalam hati,aku mahu ubah nasib keluarga ku,sepanjang masa aku belajar di kolej,aku menolak wang yang mahu di kirim oleh ibu dan ayah,tak sanggup rasa nya aku mahu menerima wang lagi dari mereka,lagipun aku mendapat sedikit biasiswa.

Dan tanpa pengetahuan ibu dan ayah juga selesai waktu belajar aku terkejar-kejar ke sebuah restoran untuk melakukan kerja sambilan bagi mendapat kan wang.

Alhamdulillah aku mampu berdikari malah aku tolak sedikit wang yang ku terima dari bekerja sambilan ke dalam akaun simpanan aku untuk di simpan.

Apabila aku tamat belajar,aku pulang ke kampung halaman,keadaan tak jauh berubah sama seperti kasih sayang ayah dan ibu ku dari dahulu hingga kini.

Aku mengeluar kan separuh dari wang yang ada di dalam akaun bank,sebelum aku mencari pekerjaan dan wang yang aku keluar kan itu aku serah kan pada ayah dan ibu sebagai perbelanjaan barangan dapur dan sebagai nya.

Jelas aku melihat linangan air mata ibu dan ayah dan ibu ku sewaktu menerima pemberian ku dan dalam masa sama tahu lah juga mereka akhir nya yang aku bekerja secara sambilan sewaktu di kolej,hanya itu yang mampu aku beri kan buat masa ini pada mereka.

Akhir nya aku di terima bekerja sesuai dengan kelulusan aku,aku tekad kan lagi di dalam hati agar aku mampu mengubah kehidupan kami sekeluarga selepas ini,maka aku bekerja dengan bersungguh-sungguh.


Tidak cukup satu kerja,aku mencari pula pekerjaan sampingan yang lain,niat ku untuk membantu ibu dan ayah ku,sudah tiba pula giliran ku untuk menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga aku dari lahir.

Alhamdulillah dalam masa beberapa tahun aku mampu menanggung sepenuh nya kedua ibu dan ayah,di samping membuat rumah baru yang lebih selesa buat mereka,betapa gembira nya mereka dan itu lah saat saat yang membuat kan hati aku berasa sungguh bahagia tak kala melihat mereka gembira.

Semakin bertambah rezeki ku apabila berkahwin dan punya anak,iu dan ayah ku lah insan yang paling gembira dan bahagia,kini mereka tak perlu bersusah payah lagi untuk bekerja keras kerana mereka sudah mampu berehat di rumah dan bermain dengan cucu mereka.

Tidak sangka budak comot miskin ini mampu lakukan hal seperti ini hanya kerana tekad dan niat,mungkin kita boleh ambil tauladan dari kisah ini untuk kebaikan,iaitu dengan menghargai kedua ibu bapa kita dan membalas jasa mereka bukan hanya dengan wang ringgit malah kasih sayang buat mereka.

Dan hal yang kedua jika mahu berjaya tekad dan usaha perlu di tanam ke dalam diri kita,walau sesusah mana pun kita untuk mendapatkan apa yang kita mahu kan,InshaAllah dari tekad dan usaha pasti kita akan berjaya mengapai impian yang kita mahu kan.

9 ulasan:

  1. Minat berniaga? Dropshipping barangan pun boleh buat duit juga. Anda boleh jadikannya salah satu cara kerja sambilan dari rumah.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.