Header Ads

Header ADS

Kisah Benar Realiti Kehidupan Wanita Terima Padah Rampas Suami Orang

Hidup Bermadu?tentu saja ramai di antara wanita yang tidak sanggup untuk berkongsi kasih sayang dari insan bergelar suami,Hati isteri mana yang tidak terluka apabila suaminya ada insan lain dalam hidupnya,ianya umpama mimpi ngeri untuk di alami oleh setiap wanita.

Media Kisah Realiti kali ini berkongsi kisah benar Wanita Terima Padah Rampas Suami Orang,Mira(nama sebenar di rahsia kan) sudi berkongsi kisah sisi gelap hidupnya buat kita agar ia menjadi tauladan,mari kita ikuti kisah beliau.

jangan rampas kebahagiaan orang lain


Aku dan Aishah adalah sahabat karib sejak kecil,malah kami juga berjiran di kampung,hubungan kami sebagai sahabat amat rapat sekali sehingga ke alam dewasa,suatu hari Aishah memberitahu kepadaku bahawa dia akan berkahwin,dan lelaki yang bakal di kahwini nya juga bukan calang-calang orang kerana bakal suaminya adalah dari golongan kelas atasan.

akulah insan pertama yang gembira mendengar berita itu,tetapi dalam masa sama aku turut menyimpan perasaan sedih dan iri hati,ya,sedih kerana jika Aishah telah berkahwin mungkin kami tak kan serapat lagi seperti biasa,dan iri hati kerana Aishah bakal hidup senang dengan lelaki yang bakal menjadi suaminya.

Di hari persandingan Aishah,perasaan iri hatiku bertambah apabila majlis perkahwinan mereka sangat eksklusif dan meriah!kalau lah di sebelah lelaki itu adalah aku,tentu saja akulah manusia paling gembira pada waktu itu.

"Mira,.kenapa balik cepat sangat tadi?"soal Aishah di hujung talian sewaktu dia mneghubungi aku tak kala selesai majlis perkahwinan nya.

"maaf lah Aishah,aku rasa tak sedap badan tadi sebab itu aku balik awal tadi,.."balasku dengan memberikan alasan yang aku rasa cukup kukuh untuk menutup rasa cemburu iri hati terhadap Aishah.

5 bulan Aishah berpindah ke ibu kota dan dia pulang ke kampung kembali bersama suaminya untuk bercuti di rumah keluarganya,Aishah tidak melupakan aku sebagai sahabatnya,belum panas punggung di rumah ibu bapanya,dia sudah menjengah ke rumahku,..

"mira,.rindu nya kat kau,.maaf lah mira aku kat sana sibuk sangat sebab nak buka kedai baru tau mira,."ujar Aishah sambil memeluk ku,jelas dia amat merindui aku sahabatnya.

"Tahniah Aishah!wah murah rezeki kau kan,.hehe,."di sebalik senyum yang aku berikan di hati berlawan dengan apa yang aku pamer kan di wajah,betapa sakitnya hatiku apabila mendengar perkhabaran Aishah mahu membuka kedai di ibu kota.

"tulah mira,rezeki selepas berumah tangga kan,ini,.aku balik ini pun ada hajat mira,."bersungguh sungguh Aishah mahu memberitahu hajat nya

"ha,.ini mesti hajat nak aku panjat kan pokok pelam itu kan,kau itu memang hantu pelam,.haha,."aku masih sempat mengusik mira walau dalam hati rasa iri hati tak pernah padam.

"hehe kau tahu tahu saja kan mira,yang itu ye juga tapi ini satu hajat yang lain,aku nak sangat kau ikut aku balik kl,kita sama-sama uruskan kedai itu,soal gaji kau jangan risau pasti lumayan punya aku bagi kau,aku nak bantu kau mira,yelah dari kau duduk saja di kampung ini kan,jom lah mira,.."pujuk Aishah  beriya ia dia mahu aku bekerja di kedai nya yang bakal di buka.

"Wah!betul ke ini Aishah?aku ok je tapi aku kena bincang dengan mak ayah aku dulu tau"balasku

"boleh mira lagipun aku seminggu bercuti di kampung ini,kau boleh bincang dulu dengan mereka,nanti aku pun akan jelaskan pada mak ayah kau bila kau dah beritahu nanti"ujar Aishah,di wajahnya terpancar kegembiraan.

seminggu berlalu,akhirnya aku mengikuti Aishah dan suaminya Adam pulang ke ibu kota setelah mendapat keizinan dari orang tua aku.
lebih kurang dua hari di sana,maka kedai pakaian yang di buka oleh mira pun di rasmi kan.

Aku berasa seronok kerana berpeluang merasai hidup di ibu kota,tapi dalam masa yang sama,sakit mata aku melihat kemesraan Aishah dan Adam!Adam pula jenis memanja kan Aishah,kalau lah aku di tempat Aishah kan bagus!

8 bulan berlalu,lumayan juga pendapatan ku bekerja dengan Aishah,itu memang aku akui,tetapi 8 bulan juga aku loya melihat kemesraan mereka!bertuah sungguh Aishah,sudah lah Adam kacak,kaya pula itu,kenapa lah bukan aku Adam,.aku fikir aku lebih cantik dari Aishah!

Suatu hari Aishah memberitahu satu berita gembira,dia kini mengandung tiga bulan!patutlah aku lihat dia asyik loya dan muntah-muntah tak kira di rumah mahupun di kedai.

masuk kandungan bulan yang ke enam,Aishah sudah tidak berupaya untuk ke kedai,maka sepanjang masa itulah aku merasa sangat gembira!ya gembira kerana suami sahabat ku yang kacak menghantar dan mengambil aku pulang dari kedai ke rumah!kadangkala Adam datang juga ke kedai kerana Aishah risaukan aku bersendirian di kedai.


Peluang yang baik,mengapa harus di sia-siakan,aku benar-benar mengambil kesempatan terhadap situasi itu tanpa memikirkan Aishah sahabat yang paling baik denganku.

"Aduh!,.sakitnya,."Tiba-tiba saja aku buat jatuh di depan Adam,.

"Eh! u,.." Adam terkejut melihat lakonan aku yang menjadi itu,dia segera datang kepada aku dalam kedai itu.

"macam mana boleh jatuh ini,.kita pergi klinik lah ya"ujar Adam,wajahnya turut terlihat cemas.

"Tak apa Adam,kalau urut ini elok lah,.pergi klinik paling habis bagi ubat lambat elok,." balasku  dengan strategi lakonan yang mantap.

"kalau begitu i tolong urut kan ya,." itulah perkataan yang aku tunggu-tunggu,aku menyelak kain untuk menunjukkan tempat yang sakit walaupun sebenarnya tidak.

Jari kasar Adam menyentuh lembut kaki aku yang putih gebu!berbunga-bunga hatiku ketika itu,.


"Ok tak?"soal Adam tak lama selepas itu.

"Ya ok sikit lah Adam,terima kasih ya,."balasku dengan sebuah senyuman menggoda.

"Bagus lah begitu,lain kali hati-hati ya,."pesan Adam sambil membalas senyuman kembali.

"Pandai Adam urut,sekejap je rasa dah ok"puji ku,.

"urut kaki putih gebu macam u memang kena hati-hati takut calar hehe"usik Adam,nampaknya ada respons

sejak dari itu kerap juga Adam datang kedai dan meninggal kan pejabatnya,dia pulang ke rumah pun untuk menemani Aishah makan,walaupun di rumahnya ada pembantu rumah.

bahagia aku rasakan,lelaki kacak bernama Adam semakin dekat denganku ,.

"mira,.u tak ada boyfriend ke ?"tiba-tiba Adam mengajukan soalan itu terhadap aku sewaktu aku sedang berada di kaunter kedai.

"kenapa Adam?soal ku kembali

"i cuma nak tahu je,ye lah mana lah tahu kita berdua di kedai ini nanti ada orang yang marah pula"usik Adam

"mana lah saya ada boyfriend Adam,tak sempat nak cari boyfriend lagi"balasku ,.

"Agak-agak u lelaki macam mana menjadi pilihan u?Adam menyoal aku lebih lagi,soalan terbaik dari Adam dan aku tak kan sia-sia kan,.

"emm,.macam u,.kacak,baik hati,romantik,.hehe"aku rasa itu jawapan yang patut aku berikan pada Adam.

"Wah macam i ya?kalau macam itu i pikat u boleh?"nampaknya pancingku semakin mengena.

"apa salahnya,..hehe,."balasku kembali tanpa sedikit pun rasa malu,kerana aku sudah lama menaruh hati pada Adam sejujur nya.

sejak hari itu juga kami semakin rapat,adakalanya kedai di tutup kerana Adam mahu mengajakku keluar tanpa pengetahuan Aishah.

Di rumah kami masih cover agar tak terlihat kemesraan kami di hadapan Aishah,kalau dia tahu mahu taufan melanda nanti.

Tiba waktu Aishah melahirkan bayinya,dia di hantar ke kampung atas permintaan ayah dan ibunya,bukan main suka lagi Adam kerana dia akan lebih banyak masa bersama aku.

Sejak itu perhubungan aku dan Adam bertambah erat dan segalanya bermula apabila dalam tempoh Aishah berpantang Adam telah membawa ku ke Thailand untuk bernikah di sana tanpa pengetahuan sesiapa pun termasuklah keluarga aku dan Adam.
Gembira bukan kepalang apabila aku telah dapat memiliki Adam lelaki idaman ku.

Adam memutuskan untuk membeli sebuah rumah lagi buat diriku,agar Aishah tidak dapat menghidu tentang kami berdua,aku akur dan mengikut saja kehendak Adam.

"Mira,kau yakin ke kau nak berpindah dari rumah kami ini?soal Aishah ketika dia sudah pulang dan habis berpantang.

"Ya,Aishah,kau jangan risau lah aku rasa dah tiba masa untuk aku berdikari,aku ucapkan terima kasih sangat pada kau,banyak bantu aku,."balas aku.

"jika begitu tak mengapalah,nanti ada masa kita jumpa ya " ujar Aishah sambil menghadiah kan senyuman.

Bebas sungguh aku rasa apabila keluar dari rumah itu,Adam pula kerap balik ke rumah aku dengan memberi alasan sibuk kepada Aishah,Aishah pula sudah terbatas pergerakan kerana menjaga bayinya dan dalam masa sama dia ke kedainya untuk menguruskan perniagaan nya itu setelah aku berhenti kerja kerana selain rumah,Adam juga telah memberi aku wang modal berniaga.

Sehingga setengah tahun aku masih belum membuka apa apa perniagaan pun kerana aku lebih banyak menghabiskan masa dengan ber shopping dan melancong,kadangkala tanpa Adam pun jadi aku pergi seorang diri.

Suatu hari aku yang gelap,sewaktu aku sedang asyik bershopping,tiba-tiba aku terserempak dengan dengan Adam,tetapi ada seorang gadis di sisi nya,nak kata Aishah bukan,sebab Aishah tidak se seksi itu,maka aku perhatikan betul-betul,duga aku mungkin itu setiausaha nya yang mungkin mereka keluar untuk urusan-urusan syarikat di luar.

ketika itu aku berfikiran positif,aku cuba memerhati kan mereka berdua,tetapi aku mulai musykil kerana gadis yang berada di sisinya tidak menampakkan dirinya sebagai seorang pekerja,malah perlakuan nya yang manja kepada Adam sangat-sangat menyakitkan bagi aku.

dek kerana geram melihat perlakuan itu,aku mula merapati mereka,.

"Abang!siapa perempuan ini??Jerkah aku secara tiba tiba mengejutkan mereka berdua.

"Kau ini siapa pula perempuan?"Adam belum sempat memberi jawapan tetapi bukan main gedik lagi gadis bersama Adam itu menyoal ku kembali.

"Eh!aku tanya dia bukan kau lah perempuan gila!"tak semena-mena gadis itu mendapat gelaran perempuan gila dari aku,badan aku waktu itu sudah mengigil,terasa mahu saja aku telan gadis itu.

"Awak ini siapa?" tiba-tiba perkataan itu keluar dari mulut Adam!kau rasa???...

"Apa abang ini saya kan isteri abang,sampai hati abang buat saya macam ini kan!"terasa nak gugur segala jantung ku dengan perkataan yang Adam soal tadi,dia dah gila ke?tak kan dia hilang ingatan secara tiba-tiba?

"yang saya tahu dia ini isteri saya ya,awak jangan nak macam-macam,dah berambus!!"bukan main lagi mulut Adam ketika itu,sudah lah tak mengaku aku isterinya,malah dia turut menghalau aku!

"eh perempuan,dia ini suami aku faham!kami baru je bernikah!"kata-kata gadis itu hampir membuat kan aku berasa mahu pengsan!mereka berdua berlalu begitu saja selepas itu.

hampir dua minggu Adam tak pulang,aku pun ada bertemu Aishah,sengaja aku tanya pada Aishah tentang Adam tetapi jawapan yang Aishah berikan,Adam sibuk bekerja kadangkala outstation.

Aku termenung sendirian,mungkin inilah pembalasan yang harus aku terima apabila aku tergamak merampas hak dan kebahagiaan orang lain.

perasaan bersalah menerjah ke dalam diriku,lebih-lebih lagi aku telah mengkhianat persahabatan aku dan Aishah sahabat karibku.

Dua minggu berlalu akhirnya,Adam pulang ke rumah,tanpa perasaan bersalah,.

"Awak dah tahu kan segalanya,dia Eliza isteri abang yang ketiga,harap awak boleh faham kalau awak mahu kita kekal,."bukan main lagi Adam,sehingga sanggup mengugut aku dengan perkataan sebegitu.

Pada akhirnya,aku berasa sudah tidak bahagia bersama Adam di tambah perasaan bersalah aku terhadap sahabatku Aishah,maka aku meminta permohonan cerai kepada Adam.

Setelah itu aku pulang ke kampung dengan fikiran yang sangat terganggu,bagai manakah nasib dan masa depanku kelak?kalau lah ayah dan ibu ku mengetahui aku sudah menjadi janda,bagaimana pula jika orang kampung juga mengetahui hal ini?lebih-lebih lagi Aishah dan keluarganya di sini,...aku memikirkan hal ini saban hari sehingga tekanan paling parah aku alami sehingga aku terkena histeria akibat terlalu stress!

Entah bagaimana,tanpa berfikir panjang pada hari itu,aku menelan sebegitu banyak pil!aku berasa seakan sudah tidak berguna lagi,bisikan demi bisikan yang aku dengar yang datang entah dari mana!

Maka aku tidak sedar kan diri selepas itu akibat overdose pil yang telah ku telan,Aku bernasib baik kerana pada masa itu adik ku yang ternampak aku jatuh pengsan dan aku segera di bawa ke hospital untuk menerima rawatan segera,seandainya aku gagal di bawa ke hospital secepat nya,mungkin aku sudah tiada hari ini,apa yang berlaku kepada ku di ceritakan kembali oleh adik ku apabila aku mulai sedar.

Sewaktu sedar itu lah Aku lihat Aishah datang melawat ku,.

"Mira,.kenapa sampai macam ini mira,.aku dah tahu segalanya,tetapi kenapa kau sanggup zalimi diri kau sendiri,..."soal Aishah,kelopak matanya berjuaraian air mata,apakah dia sudah mengetahui segalanya tentang aku dan Adam?

"Aishah,aku mohon ampun pada kau,aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan pada masa itu,aku minta maaf Aishah,aku berdosa pada kau kerana merampas Adam,.tapi  kau jangan risau aku dah pun bercerai dengan Adam sebab aku rasa sangat bersalah pada kau Aishah,"luahku sejujurnya terhadap Aishah.

"Tak mengapalah mira,segala apa yang berlaku tentu ada hikmahnya,aku maafkan kau mira,"kata-kata maaf dari Aishah benar-benar memberi ketenangan pada diriku.

"Kau datang dengan baby je ke Aishah?soal ku

"ya mira,Adam,..   ...Adam dah tiada mira,dia terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama madu kita yang ketiga..."sungguh mengejutkan sekali aku mendengar perkhabaran tentang Adam,baru sebulan kami berpisah,kini dia sudah meninggal dunia,...

Sejak dari itu perhubungan aku dan Aishah menjadi bertambah rapat,aku sanggup lakukan apa saja buat Aishah dan anaknya,mungkin cara ini dapat menebus dosa ku pada Aishah walaupun dia berkali-kali memaafkan diriku.

Betapa sucinya hati Aishah,aku pun berharap hatiku suci seperti Aishah juga,Menyesal dan amat menyesal atas perbuatanku sendiri,hari ini aku rampas kebahagiaan orang lain,esok lusa aku kebahagiaan ku pula di rampas oleh orang lain,aku dapat cash dari perbuatanku itu,baru ku tahu betapa sakitnya apabila di rampas!

Aku bertaubat,sesungguh nya aku tidak akan sesekali lagi merampas hak orang lain selepas ini,apa yang berlaku dulu,aku jadikan Iktibar agar aku tidak mengulangi nya kembali.

Begitulah kisah hidup mira,Dia tergamak merampas kebahagiaan insan lain,dan dia juga telah berasa bagaimana pahit nya apabila orang lain merampas hak dan kebahagiaan nya,maka beringat lah,jangan di ganggu kebahagiaan orang lain,mira masih bernasib baik kerana Aishah masih lagi mampu memaafkan dirinya,bagaimana pula jika Aishah tidak dapat memaafkan mira untuk selamanya??fikir-fikirkan,.Semoga kisah ini menjadi iktibar dan taulan buat kita semua,anda boleh kongsikan kisah ini untuk peringatan kita bersama.

19 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.