Header Ads

Header ADS

Kisah Benar Realiti Pemuda Jatuh miskin Papa Kedana Akibat Menderhaka Pada Orang Tuanya

Benarkah manusia mudah lupa diri apabila wang sudah menguasai dirinya?
Putaran Roda Kehidupan Kadang-kadang kita berada di atas,Kadang-kadang pula kita berada di bawah,Kita mungkin sudah tahu apa yang telah berlaku,Tetapi adakah kita boleh mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang kepada kita?Maka Beringat lah!

Kisah “Kisah Benar Realiti Pemuda Jatuh miskin Papa Kedana Akibat Menderhaka Pada Orang Tuanya” Membongkar kisah kehidupan seorang lelaki yang kini menjadi PENGEMIS JALANAN! Raslan(Bukan Nama Sebenar)yang kini berusia lingkungan 60 Tahun yang dulunya punya harta dan wang melimpah ruah, kini Hidup Sebatang Kara sehelai sepinggang!Apa yang telah berlaku kepada beliau?Ke mana Harta serta kekayaan nya menghilang??




“Memang Dulu aku kaya!,.pandu kereta mewah buatan luar Negara,banglo tiga tingkat,perabot dalaman rumah tiada satu pun buatan tempatan,Bisnes aku berkembang dan terus berkembang,.”Pakcik Raslan mencerita kan detik-detik semasa beliau menjadi orang kaya sambil membayang kan saat itu,kelihatan satu senyuman menguntum dari bibir tuanya yang kian di mamah usia.

“Sebelum aku bergelar orang kaya,aku masih bekerja dengan orang,waktu itu hubungan aku dengan kedua ibu Bapaku serta adik beradik yang lain sangat rapat dan erat,.Sesekali apabila cuti,pasti aku kan pulang ke kampung halaman bertemu dengan mereka.
KAYA SEKELIP MATA

“Punca Kekayaan Aku datangnya dari hasil Berjudi! Masih aku ingat lagi saat itu,saat di mana aku menerima wang hasil berjudi sebanyak 1 Juta Ringgit Malaysia!Dan dengan hasil kemenangan judi itu jugalah aku membuka satu perniagaan yang mana ia menjadi semakin berkembang dan terus berkembang..”

“Pada permulaan nya aku,aku tidak pernah berkira dengan ibu bapa serta adik beradik ku yang lain,tetapi semakin aku kaya,semakin aku lupa diri!

“Ya!!Benar,kekayaan telah menutup segala pintu hatiku,.tiada yang lebih aku ingat melainkan,PEREMPUAN BERGANTI-GANTI,ENJOY!DAN MENCARI LEBIH WANG UNTUK MENAMBAH KEKAYAAN LAGI!!”,.

Ibubapa,adik beradik dan kampung halaman??kian aku lupakan,bagi aku kemewahan yang aku ada ini hanyalah untuk diri ku sahaja,aku yang berusaha seorang diri.

Masih ku ingat lagi ketika Ayah ku meninggal Dunia,Aku menerima panggilan kecemasan dari kampung,waktu itu aku sedang buat maksiat dengan seorang gadis yang bukan berstatus Warganegara di sebuah hotel,aku tipu keluargaku dengan memberi alasan aku harus ke luar Negara untuk urusan kerja yang sangat penting!

Ketika Ibu aku sakit juga,pelbagai alasan aku cipta!sememangnya aku tiada masa untuk semua itu,melainkan yang boleh mendatang kan keseronokan pada aku,Sememangnya aku lupa diri habis pada masa-masa aku berharga!!


Putaran Roda Kehidupan ku Menjunam Ke Bawah

Sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap perniagaan ku dan menyebabkan aku terpaksa gulung tikar!Malah paling teruk apabila aku harus melangsai kan hutang piutang serta kes saman yang di kenakan terhadap ku!

Itulah saat paling teruk dalam hidup ku,maka tanpa segan silu aku memutuskan untuk pulang ke kampung halaman!

“eh!!orang kaya baru Nampak kampung,..”antara sindiran pertama aku terima dari adik beradik aku,dalam keadaan tertekan di tambah dengan sindiran demi sindiran aku terima sewaktu aku baru sampai Di Kampung.

“Mana Mak?,.”Soalku kepada adik beradik aku yang dari tadi memandang ku semacam!

“Orang kaya lupa diri begini,sampai mak sendiri meninggal dunia pun tidak tahu,.Puas hati abang abaikan arwah mak dan ayah??”kata-kata adik bongsu ku itu benar-benar membuat ku berasa terkejut!

“Kenapa Tak beritahu abang???”emosiku menjadi semakin tegang!

“Kami semua dah penat nak hubungi abang!mana abang nak angkat panggilan orang-orang miskin macam kami ini kan,.”sindiran itu membuatkan aku berasa sungguh malu dan berasa sangat bersalah,.memang aku akui apabila melihat panggilan dari kampung paling tidak aku biarkan saja,malah pernah aku letak kan saja di dalam beg!

Tiga Beradik ku semakin kasar dengan sindiran demi sindiran yang di tujah kepadaku,dek kerana malu atas perbuatan ini,aku mengangkat kembali beg pakaian yang aku bawa bersama tadi,.

“elok sangat itu,orang macam kau ini tak layak jejak kan kaki ke sini lagi,eh!mak ayah kecewa sangat dengan kau tahu!” begitulah sindiran tajam dari adik kedua ku,.aku melangkah pergi meninggal kan rumah serta kampung halaman ku dengan perasaan malu serta bersalah.

Hari Demi hari,Perasaan ku berkecamuk,fikiranku berasa sangat terganggu dengan perasaan bersalah,sudah lah lupa diri pada keluarga,malah aku abaikan kan ibu Bapaku sehingga mereka “Pergi” pun aku tiada di sisi mereka berdua!

Wang yang ada di poket ku semakin susut,aku cuba mencari pekerjaan,tetapi tidak sampai dua tiga hari pasti aku di berhentikan atas sebab aku tidak fokus bekerja.

Sehinggalah wang yang aku ada telah habis sepenuhnya!Perut aku lapar setiap masa,tidur ku di mana-mana saja asal boleh,.

Sehingga ke tahap perut ku tidak tertanggung-tanggung lagi menahan kelaparan,akhirnya aku buat muka tebal untuk mengemis!!Sehingga ke hari ini,aku menghabis kan sisa-sisa usia ku dengan mengemis!

“Aku yakin,.Mungkin ini adalah satu pembalasan terhadapku,kerana berjudi,kaki perempuan,maksiat dan paling teruk apabila aku mengabaikan ibu serta ayah ku!aku sedar aku sudah menjadi anak derhaka buat mereka”,.Begitulah kata-kata terakhir Pakcik Raslan.

Dapat kah anda membayangkan Segala Perbuatan Pakcik Raslan?dapat kah juga anda membayangkan perasaan bersalahnya terhadap dirinya serta ibu bapanya?

Pakcik Raslan tidak berkesempatan untuk memohon keampunan dari kedua ibu bapanya,Apakah kita yang masih punya ibu bapa  ini,tidak mahu menghargai mereka sementara mereka masih bernyawa.



Amat menakutkan kita sebagai anak jika tidak dapat kemaafan atau tiada peluang memohon kemaafan lebih-lebih lagi apabila kita berbuat salah atau jadi anak derhaka.


Dengan kisah ini semoga kita semua dapat bermuhasabah diri untuk jadi anak serta manusia yang baik di dunia yang hanya sementara ini.

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.