Header Ads

Header ADS

Kisah Benar Kaki Gadis Mereput Gara-Gara Menyepak Ibu

Anak Derhaka!begitulah perumpamaan yang boleh kita gelarkan untuk kisah kali ini yang mana pada kali ini kisah benar kaki Gadis mereput gara-gara menyepak ibu nya sendiri.

Kisah ini berlaku di negara jiran yang mana ia telah di ceritakan dari sahabat kepada sahabat sehinggalah ia di kongsikan kepada Media Kisah Realiti,Tanpa membuang masa mari kita ikuti kisah ini.


Sekadar Foto Hiasan

Son huk merupakan anak bongsu di dalam sebuah keluarga miskin,dan kerana kemiskinan keluargany itu dua kakak serta seorang abang nya terpaksa di serahkan kepada keluarga-keluarga angkat yang mahu mengambil mereka,maka tinggallah son huk bersama kedua ibubapanya dan di jaga dengan penuh kasih sayang.

Sehinggalah son huk menamatkan pelajarannya,dia masih bermalasan,manakala kedua ibu bapanya gigih mencari rezeki,perangai pemalas son huk menjadi-jadi,semakin di tegur oleh kedua ibubapanya,pasti dia akan memberontak!

Suatu hari ayah kepada son huk sakit kuat,maka ibunya sajalah yang keluar mencari rezeki dengan mengutip barang-barang terpakai untuk di jual.

"Son,kamu masak kan untuk ayah kamu nanti ya,.begitulah pesanan ibu son huk sebelum keluar dari pondok yang di diami mereka untuk mencari rezeki,namun apabila pulang pada jam 5 petang ibu son huk terkejut besar melihat suaminya dengan mata terbuntang dan mulut berbuih!!

"Son!!son !!" si ibu memanggil nama anak gadisnya namun tiada jawapan.

Son huk yang tidak memasak apa pun telah keluar berjalan dan meninggalkan ayahnya yang sedang sakit itu seorang diri.

Apabila son huk pulang ke rumah dia terkejut melihat ramai orang di rumahnya lalu dia masuk ke pondok kediamannya dan mendapati ayahnya telah meninggal,tiada sedikit pun riak wajah son huk menyesal dengan apa yang sedang berlaku ketika itu.

Tiga bulan ayah son huk pergi buat selamanya maka ibu nya lah yang membanting tulang dan tenaga mencari rezeki untuk kehidupan dia serta anaknya.

"Ibu,saya mahu wang esok,saya mahu cari kerja"ujar son kepada ibunya

"Baik anakku,tapi ibu tiada wang yang banyak,nanti ibu berikan"balas ibunya

Bulan berganti bulan,namun son masih belum mendapat pekerjaan,malah sebenarnya dia telah menipu ibunya dengan mengatakan mahu mencari kerja tetapi sebenarnya dia keluar berjalan bersama teman lelakinya yang kuat berfoya serta selalu meminta wang dari son!

Sehingga ibu son menyedari sikap anaknya yang sudah sekian lama meminta wang untuk mencari pekerjaan tetapi sampai ke hari ini langsung tiada pekerjaan pun yang di buatnya.

Akhirnya ibu son semakin hilang sabar kerana son selalu menipu dirinya,suatu hari ibu son memarahi son atas sikapnya yang suka menipu itu tetapi selepas itu dia di marahi kembali oleh anak bongsunya itu dengan teruk.

Son tergamak menengking ibu nya malah di buatnya ibu sendiri umpama musuh,maka selepas dari itu son sudah tidak berselindung lagi,dia akan memeras wang ibunya tanpa belas kasihan!

Ibu son hanya mampu menangis dan makan hati atas perlakuan anak kandungnya itu,saat itu dia teringatkan ketiga tiga anak kandung yang lain yang telah di serahkan kepada keluarga angkat masing-masing,namun dia hanya pasrah kerana dia sendiri pun tidak tahu di mana anak-anaknya yang lain tinggal.

Entah bagaimana suatu hari,son mahu bangun dari tempat tidurnya,tetapi dia merasakan kakinya begitu kebas dan sakit-sakit tanpa mengetahui puncanya,dia memanggil ibunya kerana cemas dalam keadaan itu.

"Terhegeh-hegeh bila panggil!"dalam keadaan sakit pun son masih sempat memarahi ibunya itu.

Son memperlakukan ibunya sendiri umpama hamba abdinya,.

"Urut kaki ni,..sakit!"arah son kepada ibunya,ibunya hanya menurut arahan son

"Apa ni???kau nak bunuh aku ke ???tiba-tiba son menyepak bahu ibunya,kaki yang dirasakan sakit tadi seakan hilang rasa sakit.

Seminggu selepas itu,son terkena lagi sakit secara tiba-tiba pada kakinya itu,kali ini berbeza apabila kedua-dua belah kakinya gagal di gerakkan!
4 bulan berlalu,son masih belum pulih kesakitan pada kakinya bertambah teruk,kakinya membusuk dan seakan akan mereput!

Dalam sakit itu,perangainya masih belum berubah,di maki hamun ibunya apabila lambat mengikut arahannya,hinggakan ibunya sudah tidak tahan dengan karenah son,lalu dia keluar dari rumah itu dan meninggalkan son.

Betapa perit hatinya di rasakan apabila anaknya berperangai begitu,kini ibu son bekerja di sebuah restoren dan tinggal di tempat yang di sediakan oleh majikannya,dia sudah tidak peduli dengan apa yang akan berlaku kepada anak yang tidak mengenang budi itu.

Sementara di pondok itu son tinggal seorang diri malah gagal menguruskan dirinya sendiri,beberapa hari juga dia tidak makan akibat kedua belah kakinya gagal bergerak!

Akhirnya son meninggal seorang diri di pondok itu,dekat seminggu juga barulah ada yang perasan sesuatu,itupun apabila mereka terbau sesuatu yang amat busuk di sekitar pondok itu,apabila mereka menghubungi pihak berkuasa maka mereka telah menjumpai mayat son yang sudah berulat!kakinya juga telah mereput hingga nampak tulang!

Begitulah kisah tentang anak derhaka yang berlaku di negara jiran seperti yang di ceritakan,sungguh dasyat sekali balasan yang di terimanya oleh seorang gadis yang muda dan cantik tetapi akibat perlakuan buruk dan kurang ajar kepada ibu dan bapanya maka hendak menyesal pun sudah tidak guna kerana nyawanya telah di ambil dalam keadaan begitu.

Kepada anak anak sekalian,jangan sesekali menderhaka kepada orang tua kita,jangan terlalu taksub dengan duniawi yang adakalanya boleh membawa kita kepada keburukkan akibat dari kelalaian mengejar dunia.

Berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita,sekarang realitinya ada anak gadis yang berpelakuan amat teruk apabila di marahi atau di nasihati pasti akan memberontak!dan memarahi kembali orang tuanya,di mana silapnya??Semoga kisah ini di jadikan tauladan,sila kan share sebagai peringatan bersama.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.