Kisah Benar Hidup Sunyi Tanpa Siapa Peduli Di Usia Emas Satu Penyesalan
Semua antara kita pasti mendambakan apabila di panjangkan usia dan menjangkau ke usia emas mahukan kehidupan yang lebih di sayangi dan di ambil berat oleh keluarga,namun kisah pada kali ini berkongsi kedukaan Kisah Benar Hidup Sunyi Tanpa Siapa Peduli Di Usia Emas Satu Penyesalan ,Tanpa membuang masa sama-sama kita ikuti kisah yang sungguh menyayat hati ini untuk kita ambil sebagai iktibar dan pedoman.
Saleh telah berkahwin dengan isterinya Bedah ketika di usia mereka di awal 20 an dan mereka berdua di kurniakan lima cahayamata dan 12 cucu cicitnya,Saleh tidak menjangka di usia emas ini dia benar di pinggirkan oleh ahli keluarganya yang lain,malah sanak saudaranya juga langsung tidak menjenguk beliau.
Mengimbas kembali kehidupan saleh sebelum ini,beliau merupakan seorang yang panas baran dan kuat berjudi!apabila kalah berjudi maka anak dan isterinya menjadi mangsa amarah untuk melepaskan kemarahan kerana tidak menang perjudian.
sudah lah berjudi,malah sembahyang pun sering di tinggalkan,hari-hari ada saja yang dia akan cari punca untuk memarahi isteri serta anak-anaknya,kecil sungguh hati isteri dan anak beranaknya dengan perlakuan saleh sebagai ketua keluarga.
Jika dengan orang lain bukan main baik sekali siap di puji dan di sanjungnya,namun dengan keluarga di perlakukan dengan layanan yang buruk sekali,isteri serta anak anaknya tidak pernah melawan malah tetap menghormati beliau sebagai ketua keluarga walaupun mereka tahu cara ketua keluarga mereka sepatutnya tidak begitu.
Caci maki hamun sudah sebati dalam dirinya,kenyang sudah isteri serta anak anaknya menelan semua itu,terkadang mereka berfikir tiada sala apapun tetap di maki hamun tanpa sebab musabab.
Untung anak-anaknya masih ada Seorang Ibu Yang penyayang dan mengambil berat terhadapa anak anak,sehinggakan anak-anak saleh pun tidak berani rapat dengannya dek kerana sikapnya yang negatif sekali.
Apabila anak-anaknya sudah boleh bekerja mereka semua berhijrah untuk mencari rezeki di luar,maka tinggallah Saleh bersama isterinya itu di kampung,walaupun hanya tinggal mereka berdua,namun pertengkaran tetap berlaku,sifat panas baran saleh masih tidak dapat di hentikannya,Isterinya hanya mampu berendam airmata.
Entah bagaimana suatu hari saleh di timpa musibah sakit,namun sikapnya bertambah buruk dan tidak sedar di untung kerana isterinya tabah melayani segala kehendaknya,malah anak-anaknya turut pulang ke kampung dan mereka fikir ayah mereka boleh berubah!tetapi ternyata silap!
Sungguh buruk sekali layanan saleh pada isteri dan anak-anaknya itu,malah sikapnya turut tidak di senangi insan di sekeliling akibat sering cakap besar!
Hinggalah pada suatu hari,akibat sikap panas baran saleh,dia tela menceraikan isterinya!
"Aku ceraikan kau!berambus kau!"sungguh pedih Bedah menelan lafaz kata-kata umpama pisau yang keluar dari mulut saleh.
Apabila di ceraikan suaminya,bedah pun menghubungi anaknya yang sulung dan memberitahu segalanya,.
"Tak apalah mak,ini semua takdir,.along akan ambil mak dan tinggal dengan along,mak pun boleh bergilir-gilir ke rumah adik-adik yang lain kami sanggup jaga mak"jawab along anak bedah di hujung talian.
Bedah di jaga sebaiknya oleh kelima-lima anaknya sementara saleh langsung tidak menyesal menceraikan Bedah isterinya yang telah banyak berbakti kepadanya.
usia semakin meningkat,saleh masih tidak kahwin-kahwin,kini usianya menginjak 70 tahun dan sehingga dia ke usia itu,bekas isteri serta anak-anaknya langsung idak menjenguk saleh di kampung kerana mereka sangat terluka dengan saleh.
Kini saleh sudah tidak berupaya lagi,badanya sering sakit-sakit dan di usia itu serta kesakitan yang datang dia terpaksa juga meneruskan hidup,adakalanya dia tak mampu untuk memasak,untung ada para jiran terdekat yang baik hati menghulurkan makanan.
Saat itu barulah dia terbayangkan bekas isteri serta anak-anaknya yang telah dia perlakukan dengan buruk sekali sebelum ini,Pernah sekali atap rumahnya bocor dan dia yang sedang berbaring sakit tidak dapat bergerak dan air hujan yang keluar dari atap yang bocor itu hanya mampu di lihatnya,habis basah kuyup dia seorang diri,kerana tiada sesiapa yang datang membantu.
suatu hari perutnya sangat lapar,kerana tiada apa yang boleh di makan,saleh keluar dari rumahnya dan berjalan perlahan-lahan meminta simpati para jiran untuk meminta makanan.
Apabila jirannya memberi makanan,saleh pulang ke rumah,sewaktu dia masuk kerumah tak semena-mena kakinya tersepak barang yang bersepah dalam rumahnya,maka terjelepuk lah saleh seorang diri,kepalanya terhantuk di sisi kerusi rehat.
Masuk hari kedua para jirannya tidak di datangi saleh,kebiasaannya berjalan meminta makanan,entah bagaimana seorang jirannya yang terdekat itu datang k rumah pak saleh sambil membawa bekalan.
Puas di panggil nama saleh namun tidak berjawab!dia melihat pintu rumah tidak tertutup dan tanpa membuang masa dia terus masuk ke rumah itu.
Alangkah terkejutnya apabila masuk saja ke dalam rumah pak saleh dilihatnya jasad pak saleh terbaring dan mengeras!bukan setakat itu,malah dia dapat tahu punca bau busuk dari luar tadi datangnya dari dalam rumah saleh.
Cepat-cepat jiran saleh memberitahu jirannya yang terdekat tentang berita itu serta menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan tentang keadaan saleh.
Begitu ah yang terjadi kepada saleh seorang ketua keluarga yang menerima azabnya di dunia ini akibat dari sikapnya yang merugikan diri sendiri serta tidak bersyukur atas kurniaan seorang isteri serta anak-anak kepadanya.
Kisah saleh ini boleh kita ambil sebagai iktibar,andai di panjangkan usia dan sebelum kita melangkah ke usia emas,maka bersihkan hati kita,biar keluarga dan insan di sekeliling kita merasa senang bila bersama kita,jangan sesekali timbulkan kebencian kepada insan di sekeliling kita.
Jangan pula kita lupa bahawa hari esok dan seterusnya usia kita tidak meningkat,jangan kita fikir kita tidak pernah akan sakit,jadi hargai insan di sekeliling anda agar jika di beri umur yang panjang dan kita punya keluarga yang kita corakkan dengan kasih sayang dan tanggungjawab sudah pasti bahagia di usia emas akan dapat kita nikmati nanti.
jika anda merasakan artikel ini bermanfaat sila kongsikan untuk kita ambil sebagai pedoman dan iktibar agar kita menerima nasib yang sama seperti kisah ini.
Anda ada kisah menarik yang mahu di kongsikan?sila email kan kisah anda ke : enquireohpilihanku@gmail.com

SEDIHNYA....
BalasPadamitulah kan kin,kisah di hari tua,.
Padam