Header Ads

Header ADS

Kisah Seram Pemuda Di Ganggu Iblis

Pernahkah anda melalui pengalaman yang paling menyeramkan dalam hidup anda?kisah seram yang kita dengar mahupun yang pernah kita alami sendiri tentu saja tidak lari dari kehidupan ini.

 Media Kisah Realiti membawa kisah kali ini Kisah seram pemuda di ganggu iblis berkongsi kisah Seorang pemuda bernama Anas berasal dari kedah berusia 28 tahun akan berkongsi pengalaman paling menyeramkan dalam hidupnya sebelum ini,kita ikuti kisah beliau.


Selepas tamat spm,aku tidak menyambung pelajaran kerana mahu terus bekerja ketika itu.

Jadi aku mengambil keputusan untuk berhijrah dari kampung ke luar untuk mula bekerja dan kehidupan baru.

Semasa mula mula bekerja aku di beri asrama untuk penginapan.

Dan apabila sudah stabil kewangan hasil dari kerja dan usaha yang gigih tanpa mengenal penat kerana siang aku bekerja sebagai operator dan setelah tamat kerja jam 6 petang aku akan berkerja part time di sebuah restoren bagi mencari duit lebih dan akan pulang pada jam 12 tengah malam.

Aku memutuskan untuk mencari rumah sewa yang lebih selesa berbanding asrama pekerja.

Bertuah sekali kerana aku dapat juga mencari sebuah rumah apartment 2 bilik dengan kadar sewa murah sekitar rm300 sebulan.

Maka aku pun berpindah ke sana,jika keluargaku mahu datang atau berjalan dan menziarahiku sekurang-kurangnya sudah ada sebuah rumah yang selesa buat mereka tidur.

Sekadar foto hiasan
Di jadikan cerita,pada awal aku berpindah ke apartmen tersebut tiada masalah bagiku sehinggalah di suatu malam yang amat menyeramkan bagi ku sepanjang hidup telah berlaku sesuatu yang taj di duga.

Sewaktu aku mahu pulang dari tempat kerja part time ku pada tengah malam itu,seperti biasa aku akan sampai pada jam lebih kurang 12.40 tengah malam.

Sewaktu menaiki lif untuk naik ke tingkat atas apartment yang aku sewa itu tiba tiba aku berasa bulu roma ku tiba tiba naik!


Sesekali aku mendengar satu dengusan yang datang entah dari mana...


Aku cuba menenangkan diri sendiri ketika itu dengan mengingati perkara lain.

Sewaktu lif terbuka di tingkat di mana aku diami,Suara dengusan menjadi semakin kuat!sebanyak tiga kali dan terhenti.


Aku tidak menoleh kanan dan kiri lagi,aku melangkah dengan laju agar cepat sampai ke kediamanku.


Sewaktu mahu membuka pintu rumah dalam keadaan tangan yang menggeletar........


"Awak buat apa,...." tiba tiba aku terdengar pertanyaan dari satu suara yang tidak aku tahu datangnya dari mana!!


aku menjadi semakin panik apabila aku melihat keliling tiada sesiapa pun di situ!


Bila aku panik di tambah tangan yang menggeletar Kunci rumah pula  buat susah untul di buka! Masa inilah nak melambat-lambatkan.


Sekali lagi suara yang sama kedengaran takkala aku berjaya membuka pintu ...


"Awak buat apa . ..." tanpa berlengah lagi aku hempas daun pintu dan masuk ke bilik dengan segera.


Di dalam apartment ku keadaan menjadi  bertambah teruk!


Kai ini bukan saja suara saja malah dengan hilaian  yang amat pelik dan tak pernah ku dengar suara sebegitu sebelum ini!


Badan ku berasa panas! Peluh berjuaraian turun,jantungku berdegup lebih kencang!

Ketika itu aku merasa sudah tidak dapat tahan lagi rasa ketakutan yang sedang menyelubungi diriku!lantas dengan segera aku berlari semula ke pintu utama dan keluar dari apartment.

Ketika itu aku sudah tidak dapat berfikir apa apa malah lif tidak aku gunakan untuk turun ke bawah dari tingkat 5 apartment.

Akhirnya aku sampai juga ke bawah dan aku berlari ke pondok jaga.

Sekadar foto hiasan
Lagi beberapa langkah mahu sampai ke pondok jaga itu aku terlihat jaga berbangsa india tetap berada di situ sejak dari aku pulang tadi.


Tetapi,..siapa di belakang jaga india tersebut???

Makhluk rambut berjurai panjang hingga ke kaki dan tanpa wajah berada di belakang jaga india itu!!

Dek kerana perasaan takut bercampur tertekan aku pengsan di hadapan pintu masuk apartmen tersebut.


Apabila tersedar,aku mendapati diriku berada di sebuah klinik.


Menurut jaga india itu,dia yang telag membawaku ke klinik kerana aku pengsan tidak sedarkan diri.

Aku menceritakan apa yang telah berlaku dari awal sehinggalah aku berlari turun ke bawah dari apartment ku tadi.

Menurut jaga itu,pernah sebelum ini ada orang lain yang melihat makhluk yang seperti aku gambarkan tadi kepadanya.

Aku demam dekat seminggu sehingga ayah dan ibu ku datang mengambilku untuk di bawa pulang ke kampung.


Sehinggalah aku mengambil keputusan untuk mengambil barang-barangku di apartment tersebut untuk duduk semula di kampung.

Kini aku mengusahakan bengkel motor wang hasil dari kerja dan simpanan aku selama ini.

Itu lah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan sehingga ke hari ini.

Begitulah pengalaman anas yang telah melalui pengalaman yang amat menyeramkan.

Adakah anda juga mempunyai pengalaman yang menyeramkan dalam hidup anda?ayuh kongsikan kepada kami.

Email :  Media Kisah Realiti 

1 ulasan:

  1. Haaa lepas baca cerita seram ni meh sat baca post ni pulak. Kulit cepat sunburn? Dah sunburn susah pulak tu nak cerah balik? Jangan risau BOOSTER WHITENING pakar dalam menyelesaikan masalah ini!!!

    Knpe perlu ambil booster whitening?
    .
    ⚠Mengandungi bhan pelembap semulajadi ,vitamin B kompleks, poliskarida dan 22 jenis asid amino termasuk 10EAA (bhan utama organisma hidup)
    .
    ⚠Tahukah anda ?
    Kekurangan asid amino akn mengakibatkan kulit kelihatan kasar , tua dan berkedut ..
    .
    ⚠Manfaat untuk kecantikan
    .
    ✅lulus KKM .
    KELEBIHAN BOOSTER WHITENING . .
    💜Memutihkan Kulit 5x ganda drpd Kulit asal
    💜Putih sepantas injection .
    💜Tidak Ada kesan sampingan .
    💜Digalakan Untuk Ibu menyusu bayi
    💜Menghapuskan toksin dlm badan
    💜Menaikan seri rona merah pada Kulit .
    💜Mengecutkan jerawat .
    💜Menghilangkan Parut hitam yg lame
    💜Kulit menjadi gebu ,putih & pinkish .
    💁🏼Satu botol tahan satu bulan
    💁🏼100% halal 💁🏼Produk malaysia
    .
    Mkn 3 capsules insyallah dh ada kesan 😀
    ✅Rm60 postage (SM add Rm8)
    (SS add Rm11)
    Hehe dengar mcm menarik je kan? Ape tunggu lagi hubungilah saya di talian 011-23414210

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.